KEJOHANAN PETANQUE PIALA DEKAN 2019

Kejohanan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk bersaing secara sihat dalam sukan petanque. Kejohanan ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan semua petua yang dipelajari seperti peraturan sukan petanque dan cara bermain dengan cekap dan berkesan. Juga, kejohanan ini membantu memupuk kekuatan mental dan fizikal pelajar untuk bersaing dalam kejohanan peringkat lebih tinggi selepas ini seperti Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).