BENGKEL PEMANTAPAN PENYELIAAN FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

Bengkel Pemantapan Penyeliaan ini dianjurkan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) yang bertujuan memastikan kecemerlangan akademik serta dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dalam bidang penyelidikan. Sasaran peserta bagi program ini adalah kepada semua staf akademik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) khsusnya para penyelia.
 

Bengkel Pemantapan Penyeliaan ini adalah bertujuan membantu penyelia-penyelia untuk menyelia pelajar khususnya pelajar pascasiswazah dengan teknik-teknik yang betul serta dengan pengalaman yang akan dikongsi oleh penceramah dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang penyelidikan. Antara objektif utama program ini diadakan:
i. Untuk memberi pendedahan kepada penyelia-penyelia muda bagi menyelia pelajar dengan cara yang betul dan efisen.
ii. Untuk memberi pendedahan kepada penyelia teknik-teknik penyeliaan yang baik.
iii. Untuk memantapkan penyelia sebagai penyelia yang berkualiti dan cemerlang.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang staf akademik UMK dari pelbagai fakulti dan penceramah jemputan adalah Prof. Dr. Razli Bin Che Razak yang merupakan Dekan Pusat Pengajian Siswazah UMK serta penceramah jemputan luar, Prof Dr. Zaidatun Bt Tasir, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia (UMT). Hasil daripada program ini dapat meningkatkan lagi kualiti penyeliaan di kalangan pensyarah khususnya kepada pelajar pascasiswazah.