PROGRAM KOLABORASI PENGANTARABANGSAAN FAKULTI KEUSAHAWANAN & PERNIAGAAN DI JAWA TIMUR, INDONESIA

27 Dis 2019 | Dalam usaha memartabatkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai universiti keusahawanan nombor 1 pada tahun 2023, Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP) telah mengorak langkah awal dengan memanafaatkan Momerendum of Understanding (MoU) yang telah ditandatangani dengan beberapa universiti di Indonesia. Terkini, usaha keterlihatan UMK dipersada antarabangsa telah diadakan di Universitas Islam Malang (UNISMA) di Jawa Timur, Indonesia melalui program kolaborasi pengantarabangsaan FKP pada 26-27 Dis 2019. Program ini telah disertai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah (Dekan FKP), Dr. Dzulkifli Mukhtar (Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan Pelajar), Dr. Muhammad Ashlyzan Razik (Pensyarah FKP) dan Dr. Mohd Fathi Abu Yaziz (Pensyarah FKP). Terdapat 4 program utama yang dijalankan sempanjang tempoh 2 hari tersebut iaitu The 1st International Seminar on Malindo Entrepreneurship (ISME 2019), Forum: The Current Challenges and Future Directions of Business School, Promotion: Future Prospect on PostGraduate Programmes at UMK, Discussion: Student Mobility Programme (Credited/Non Credited) and Discussion: International Matching Grant.