PROGRAM 2U2I FKP TERUS CEMERLANG SEBAGAI RUJUKAN KEPADA FPEP UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Program Sarjana Muda Keusahawanan 2u2i Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP) terus gah berdiri dan menjadi rujukan utama apabila menerima kunjungan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Delegasi seramai 11 orang dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (FPEP) telah diketuai oleh Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Dr. Beatrice Lim Fui Yee. Ini merupakan kunjungan balas UMS hasil daripada kunjungan Penanda Aras yg telah diketuai oleh Dekan FKP, Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah beserta ahli pengurusan & pentadbiran FKP ke FPEP UMS pada April 2019 baru-baru ini.

Perbentangan program 2u2i telah di sempurnakan oleh Dr. Shah Iskandar Fahmi Iskandar yg merupakan Ketua Jabatan (Keusahawanan). Antara lain, pihak FKP telah berkongsi tentang perancangan awal sehingga kepada pelaksanaan program 2u2i. Pihak fakulti juga bersedia utk memberi khidmat nasihat kpd FPEP bagi mewujudkan program 2u2i di masa akan datang. Mereka juga telah dibawa melawat ke Inkubator 2u2i dimana taklimat ringkas sekali lagi telah diberikan oleh Dr. Shah Iskandar Fahmi. Semasa lawatan tersebut, pihak UMS juga telah mengambil peluang untuk menemu bual beberapa orang pelajar 2u2i.

Selain daripada itu, pihak FPEP juga telah dibawa melawat ke UMK Bachok dan seterusnya membuat kunjungan hormat kepada Naib Canselor, Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi Ismail. Antara lain, Dato' Naib Canselor telah berkongsi sedikit sebanyak tentang tips beliau dalam memacu kecemerlangan UMK. Menurut beliau lagi, penggunaan media sosial yang betul seperti LinkedIn secara langsung sebenarnya dapat melonjakkan keterlihatan sesebuah universiti. Memandangkan beliau juga adalah Profesor dalam Perakaunan dan Sistem Maklumat, beliau juga sangat mementingkan fakta berbanding persepsi dalam membuat apa-apa keputusan.