LAWATAN PENANDA ARAS PASUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT AND PROFESSIONAL STUDIES (FBMP), MANAGEMENT

Lawatan Lawatan Penanda Aras Pasukan Pengurusan dan Pentadbiran Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan ke Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP), Management & Science University (MSU) telah diadakan pada 5 Disember 2019.

Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkenaan dengan urus tadbir akademik dan pentadbiran termasuk aspek kualiti di sesebuah fakulti. Prof. Madya Dr. Siti Khalidah Mohd Yusoff, Dekan FBMP bersama dua (2) Ketua Jabatan telah berbesar hati untuk turut serta dalam sesi perkongsian ini. Di pihak Universiti Awam seperti UMK amnya dan FKP khususnya, amat bertepatan juga untuk mengambil ilmu dan kepakaran serta pengalaman dari Universiti Swasta yang mempunyai ranking yang baik supaya beberapa aspek yang berkaitan boleh ditambah baik dan diperbaiki mutunya pada masa hadapan di fakulti. Sesi lawatan penanda aras dan perkongsian bersama harus diteruskan pada masa akan datang supaya fakulti sentiasa mendapat pendedahan dan pengalaman berharga dari organisasi lain yang telah mencapai tahap kecemerlangan dalam aspek penyampaian dan perkhidmatan serta telah di iktiraf di peringat antarabangsa.