PROGRAM TEAM BUILDING FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN 2019

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan telah mengambil inisiatif untuk membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan yang bermutu tinggi dengan menganjurkan program Team Building pada 28 November 2019 di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan. Objektif program ini adalah untuk membina hubungan yang harmoni di kalangan staf tanpa mengira status dan pangkat, mengeratkan hubungan antara staf terutama staf pentadbiran dan staf akademik dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal. Dengan menggunakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan, peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat manfaat melaluinya.

Program ini menggunakan khidmat konsultan dari Power Action Resources, Mohammad Afizul bin Mohammad dengan kerjasama daripada Pn Nur Asyikah Binti Azahari, Pegawai Psikologi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Seramai 50 atau lebih 50% staf fakulti telah memberi komitmen dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini dan ini adalah satu perkembangan yang amat menggalakkan sebagai permulaan. YBhg. Dekan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Zailani bin Abdullah memberi harapan dan keyakinan yang program seperti ini akan dilakukan setiap tahun bergantung kepada peruntukkan bajet dan perancangan di awal tahun di fakulti.