MAJLIS PENGHARGAAN STAF FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN 2019

Satu majlis penghargaan yang ringkas kepada semua staf Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) atas pencapaian sepanjang tahun 2018 telah diadakan pada 26 November 2019 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini disertai oleh semua staf FKP dan ini adalah dalam salah satu aktiviti bagi memanfaatkan hadiah yang dimenangi oleh Fakulti dalam Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) pada tahun 2018 yang dianugerahkan pada tahun ini. Majlis yang bertemakan Glitter & Glamour ini bertujuan untuk menghargai dan meraikan kecemerlangan staf fakulti bagi tahun 2018.
Sebanyak lima (5) anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Zero MC 2018 dengan 27 penerima, Anugerah Prestasi Cemerlang 2018 dengan 60 penerima, Anugerah Nilai Geran Penyelidikan Tertinggi 2018 dengan 4 penerima, Anugerah Penerbitan Tertinggi 2018 dengan 2 penerima dan Anugerah Pertandingan Invosi/ Penyelidikan/ Produk Peringkat Universiti, Kebangsaan & Antarabangsa 2018 dengan 6 penerima dengan jumlah kemenangan keseluruhan adalah 20.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Dekan FKP, Prof. Madya. Ts. Dr. Zailani bin Abdullah dan ahli pengurusan yang hadir adalah Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar), Dr. Dzulkifli bin Mukhtar, Ketua Jabatan (Perniagaan), Dr. Mohd Zulkifli bin Muhammad dan Ketua Jabatan (Keusahawanan), Dr. Shah Iskandar Fahmie bin Ramlee. Seramai 65 staf FKP atau 72% dari staf yang aktif hadir ke majlis ini Untuk makluman semua juga, Pejabat Pentadbiran mendapat kerjasama yang baik dari 3 pembekal terlibat yang selalu berurusan dengan fakulti dan semua hadiah untuk cabutan bertuah adalah sumbangan dari mereka iaitu NK Resources, WMA Indah Enterprise dan A&G Plus Printing.