FORUM ON ENTREPRENEURSHIP IN ISLAMIC FINANCE (FIEF 2019)

23 Nov | Program Forum on Entrepreneurship in Islamic Finance merupakan satu program yang dianjurkan pelajar subjek Isu dan Cabaran Perbankan dan Kewangan Islam (AFS 4123),Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang melibatkan 90 pelajar, bersama 30 pelajar dari UiTM Puncak Alam dan 30 pelajar dari UiTM Kampus Kota.

Program ini telah diadakan pada 23 November 2019 di UMK Kampus Kota pada 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Forum berbentuk cross-university ini bertujuan untuk memberi pendedahan kpd mahasiswa akan peluang Keusahawanan dalam aspek kewangan dan Kewangan Islam.

Forum ini melibatkan panel dari Pengarah Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan, Prof. Madya Dr. Mohammad bin Ismail, Ketua Bahagian Pendidikan Inovasi Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah, En. Mohd Norhaizzat Naim bin Mohd Mazlan dan Pengurus TEKUN Negeri Kelantan, En. Che Othman bin Che Will.