PROGRAM SUMBANGAN KEPADA YAATIM KELANTAN

22 Nov | Program Sumbangan kepada YAATIM Kelantan telah diadakan pada 22 November 2019 di Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan yang telah dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Zailani bin Abdullah, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dan turut disertai oleh Dr. Hazriah Hasan, Pensyarah Kursus AFS 4123 dan Dr. Shah Iskandar Fahmi bin Ramlee, Ketua Jabatan (Keusahawan). Program ini melibatkan 95 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 daripada Kelas AFS 4123 (Isu dan Cabaran dalam Perbankan dan Kewangan Islam).

Objektif program ini adalah untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim disamping beramah mesra bersama mereka. Selain itu, program ini dapat menggalakkan mahasiswa/i untuk menyemai sifat kasih sayang kepada anak-anak yatim yang kurang bernasib baik melalui sesi perkongsian yang dilakukan oleh peserta universiti dan dapat mengeratkan hubungan sesama peserta melalui kerja-kerja kumpulan yang akan disediakan.

Menurut Pengetua YAATIM, mereka sangat mengalu-alukan program sebegini dan mengharap kan ianya diteruskan dengan kepelbagaian aktiviti yang menarik bukan sahaja dari kalangan pelajar, malah juga para pensyarah.