PERJUMPAAN STAF FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BERSAMA PELAJAR BAHARU SEMESTER SEPTEMBER SESI 2019/2020

08 Sep | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima kemasukan 2,599 calon dari lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Semester September Sesi Akademik 2019/ 2020 di ketiga-tiga kampus UMK.

Daripada jumlah itu, UMK mencatat jumlah kemasukan sebanyak 98.52 peratus dengan seramai 1552 pelajar baharu di UMK Kampus Kota, 707 pelajar di UMK Bachok manakala di Kampus Jeli pula seramai 340 orang.

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah menerima seramai 899 pelajar baharu. Perjumpaan staf FKP bersama pelajar baharu semester September Sesi 2019/ 2020 telah diadakan pada 8 September 2019 di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar), Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Ketua Jabatan (Perniagaan), Ketua Jabatan (Keusahawanan), Penyelaras Program dan pensyarah FKP. Taklimat berkenaan FKP, pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran serta amanat daripada Dekan telah disampaikan oleh Dr. Dzulkifli bin Mukhtar, Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar). Selain itu, pihak pengurusan, penyelaras program, pensyarah dan staf pentadbiran FKP turut diperkenalkan kepada pelajar berkenaan. Majlis ini di akhiri dengan sesi soal jawab antara pelajar dengan pihak pengurusan FKP.