BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN DAN PEMANTAPAN CHILL'X

20 Aug | Bengkel Penyediaan Garis Panduan dan Pemantapan Chill’X Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah diadakan pada 20 Ogos 2019 di Sutera Inn Prima Hotel, Kota Bharu. Bengkel ini melibatkan Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Ketua Jabatan (Keusahawanan), Ahli Jawatankuasa Chill’X termasuk staf Chill’X dan staf pentadbiran fakulti.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membentuk dan menyiapkan Garis Panduan Chill’X serta memastikan garis panduan yang disediakan dijadikan rujukan oleh ahli jawatankuasa dan staf di Chill’X. Siri semakan dan pemurnian seterusnya harus dibuat kerana bengkel ini hanya tertumpu kepada garis panduan am sahaja. Semakan dan pemurnian yang seterusnya perlu melibatkan staf akademik (Peruncitan) agar penambahbaikan dapat dilakukan secara betul dan tepat mengikut undang-undang/ peraturan yang terpakai di Universiti terutama yang melibatkan kewangan.

Garis panduan yang telah siap dibincangkan akan dibentangkan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) pada Mesyuarat Jawatankuasa Fakulti yang akan datang sebelum dihebahkan kepada Ahli Jawatankuasa Chill’X.